PERKARA ASAS DALAM MEMULAKAN PERNIAGAAN !! – Pendaftaran Syarikat & Kontraktor

Perkara Asas Untuk Memulakan Perniagaan

Assalamualaikum Usahawan.. Disini Sis nk kongsikan dengan korang semua Keperluan ASAS dalam PERNIAGAAN !!!..

          Semua orang ingin Berniaga.. Ya .. Berniaga itu ibadah. Selain Mendapat Keuntungan kita mampu menjana Ekonomi Dan menyediakan Peluang Pekerjaan kepada yang Memerlukan.

         Tetapi adakah bakal Usahawan tahu dan amik tahu Apakah yang diperlukan dalam sesebuah perniagaan, sebelum kita ingin memulakan perniagaan. Yes paling Utamanya adalah MODAL Dan ILMU PERNIAGAAN yang Betul

         Pernah Dengar tak Mengenai ROB & ROC & PLT. Alamak Apa Benda ni? Yang saya tahu, hanya Enterprise dan Sdn. Bhd. ja sis.. Okay Meh sini sis terangkan.

Apa itu ROB, PLT & ROC :

ROB – adalah singkatan bagi “Register of Business” dimana kita perlu mendaftar syarikat dgn SSM di seluruh negeri. Kategori pendaftaran ROB adalah seperti berikut “Pendaftaran Pemilik Tunggal dan Perkongsian”. Selalunya Harga untuk Pendaftaran ROB murah jer.Hanya Perlu datang SSM cawangan, isi borang, ataupun sekarang ni sangat mudah , hanya gunakan medium ezbiz.ssm sahaja cuma aktifkan akaun anda di ssm cawangan yang terdekat.

PLT– adalah “Perkongsian Liabiliti Terhad” atau “Limited Liability Private”merupakan satu bentuk perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri ciri syarikat persendirian dan perkongsian konvensional.Selalunya PLT mensasarkan golongan professional , perniaga kecil dan sederhana, dan JV @ Usahasama.Golongan Professional yangnak daftar PLT adalah amat digalakkan kerana PLT mempunyai Perlindungan insurans tanggung rugi professional.. So pada Setiausaha syarikat yang ada lesen tu penting sangat kalau nk daftar Under PLT ni tapi dengan syarat mendapat surat keluluan daripada badan kawal selia profesion.

ROC– Adalah singkatan bagi “Register of Company” dimana anda perlu mendaftarkan syarikat SDN BHD & BERHAD melalui setiausaha syarikat yg berlesen. Anda tidak perlu hadir di SSM kerana setiausaha syarikat akan menguruskan Pendaftaran anda dan merangkap setiausaha syarikat anda.Sekarang Akta 2016 yang digunapakai membolehkan seorang Director pun sudah cukup sekiranya ingin mendaftar syarikat.Yang ni Wajib ada Setiausaha.

          So,saya harap info yang saya bagi diatas boleh membantu Rakan Usahawan semua untuk menyediakan diri mana satu tempat perniagaan Rakan usahawan semua. Okay, Next ..Selepas anda membuka syarikat perlulah membuka akaun bank syarikat dimana segalan urusan dan transaksi hendaklah di masukan kedalam akaun syarikat. Bukan apa, bila dah berniaga ni kenalah asing kan duit syarikat / perniagaan anda dengan duit peribadi. Kena tau berniaga ni Amanah, takut terguna pulak amanah orang.. Salah tu.. Sepatut duit tu untuk pembangunan syarikat, korang terguna pulaks beli BMW,Audi.. Itu salah tu.. Tak kiralah syarikat ke Perniagaan wajib fahamkan duit perniagaan / syarikat jangan terguna pulak ya.. Wajib keluarkan gaji setiap bulan.Tak kiralah gaji korang tu korang letak 25 ribu sebulan ke , asalkan jangan sesekali guna duit syarikat / perniagaan .Asingkan..Nak lebih manageable , HIRE kami utk financial Advisor Rakan Usahawan semua.
 Okay.. Perkara Asas Dah selesai , Sekarang, sis nak Terangkan pula Keperluan dalam perniagaan sekiranya Rakan Usahawan semua nak menjalankan satu satu perniagaan.. Okay.. sikit lagi.. Teruskan membaca >>
Jenis Perniagaan yg di jalakan:-
Kontraktor Binaan
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. Lesen CIDB/ SPKK/STB
4. Lesen MOF / Taraf Bumi
 
Catering/ Kedai makan /
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. Lesen MOF
 
PERNIAGAAN ONLINE :
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. Laman WEB & AKAUN FBADS& Google Ads
 
Kontraktor Elektrikal
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. LESEN CIDB & MOF
4. Lesen SURUHANJAYA TENAGA (ST)
5. Daftar TNB
 
KONTRAKTOR MEKANIKAL :
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. LESEN CIDB & MOF
4. Lesen SURUHANJAYA TENAGA (ST)
5. Daftar TNB
 
KONTRAKTOR PAIP:
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. LESEN CIDB & MOF
4. Lesen SPAN
 
KONTRAKTOR PEMBETUNGAN :
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. LESEN CIDB & MOF
4. Lesen SPAN & INDAH WATER
 
PELANCONGAN :
1. ROB atau ROC atau LLP
2. Akaun Bank
3. LESEN MOF
4. Lesen KPL (Pelancong)
5. Daftar IATA & MATA
 
 Rakan Usahawan Semua nak tahu lagi tak satu Rahsia? Sila Jangan Simpan Rahsia ni sensorang tau.. 
.
Kami berdaftar tahun 2010, tahun ni 9 tahun kami beroperasi , dan tahun lepas, Alhamdullilah kami telah berjaya mencapai target XJ tahun lepas, dan kami terus daftar syarikat under Adiesya Group Sdn Bhd..Rakan Usahawan nak tahu tak , yang semua benda kat atas kami boleh buat untuk rakan usahawan/ bakal usahawan dari A-Z ..Khidmat Nasihat Percuma kami bagi,..Kami telah membantu seramai 9631 usahawan dalam database kami yang menggunakan khidmat kami dalam pelbagai khidmat.
.
Ouh..nak laman Web yang PRO mengikut bajet anda pun kami buat tau..FBads/ Google Ads kami ada konsultan yang boleh coach korang dengan bajet kasih sayang.
.
Nak Daftar Sdn BHD/ PLT/ CIDB/MOF insha Allah kami permudahkan urusan anda..Nak dapatkan pinjaman perniagaan, kami ada cara..
.
Wassap Kaih.. #JanganMaluBossku..
Fiza : http://Www.Wasap.My/60186603630
Zila : http://Www.Wasap.My/60179493630
Afif : http://Www.Wasap.My/60172623630
Luqman : http://Www.Wasap.My/60186663630
Miela : http://Www.Wasap.My/60134012429
Nadia ( Puchong ) : http://Www.Wasap.My/60108663630
Afifvila ( Puchong ) : http://Www.Wasap.My/601158533630
Hotline 1 : 04-3841477
Hotline 2 : 03-83228630
.

https://www.facebook.com/daftarkontraktor/videos/406315670176575/?__tn__=K-R
×

Cart