permohonan cidb – Pendaftaran Syarikat & Kontraktor
  • +60 13 401 3005
  • +60 13 401 2429
  • trainingcidb@gmail.com

Permohonan CIDB

PENGENALAN CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan. Kontraktor yang memohon untuk didaftarkan dikehendaki merujuk Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor serta mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum mengemukakan permohonan.

*** Rujukan KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR DENGAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) Mac 2016 ***

JENIS JENIS PERMOHONAN

1. Pendaftaran Kontraktor Tempatan:

i) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

– Baru, Pembaharuan, Pendaftaran Semula dan Perubahan gred/ Tambah Kategori/Tambah pengkhususan.

ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

– Baru, Pembaharuan, Pendaftaran Semula dan Perubahan gred / Tambah Kategori.

Nota : Sebarang perubahan PPK hendaklah dibuat bersama SPKK kecuali perubahan tambah pengkhususan. Borang Permohonan Pendaftaran Kontraktor Kerja Pembinaan(Tempatan) SSPK (1RoC) / Borang CIDB 1Roc/2015

2. Pendaftaran Syarikat Konsortium atau Usahasama

3. Pendaftaran Kontraktor Antarabangsa

4. Pendaftaran Kontraktor Asing

– Perakuan Pendaftaran Sementara Kontraktor Asing (CIDB R2/2013)

– Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing (CIDB R3/2013)

5. Perubahan Butir Maklumat Syarikat Permohonan Perubahan ButirButir (R6)

6. Kebenaran Khas Menyertai Tender Diluar Pengkhususan

PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (PPK)

Syarikat yang diperbadankan di Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan tujuh puluh peratus (70%) d

1.0 Skop Pendaftaran Setiap kontraktor didaftarkan mengikut:

a) Gred 

Gred Pendaftaran Kontraktor Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan. Gred pendaftaran kontraktor adalah untuk menentukan had keupayaan menender / menjalankan kerja

b) Kategori

Kategori Pendaftaran Kontraktor Terdapat tiga (3) Kategori Pendaftaran iaitu:

i) Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE)

ii) Pembinaan Bangunan dan (B)

iii) Mekanikal dan Elektrikal (ME)

Kontraktor boleh memohon kategori tersebut di atas berdasarkan kepada kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun penetapan Kategori adalah berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman personel teknikal

c) Pengkhususan

Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor Setiap pengkhususan akan didaftarkan dibawah kategori dan gred pendaftarankontraktor.Pada umumnya permohonan baru akan diberi pengkhususan B04 dan CE21 dan/atau M15 (sekiranya mempunyai personel teknikal yang mempunyai sijil teknikal/sijil kelayakan akademik berkaitan bidang mekanikal/elektrikal).

d) Pengkelasan

Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan maklumat projek yang dilaksanakan sepanjang tempoh tiga (3) tahun terkini pendaftaran sebelumnya untuk penetapan status pengkelasan. Pengkelasan Perakuan Pendaftaran kontraktor adalah seperti berikut:

a) Aktif : Kontraktor tempatan yang di award projek dalam tempoh tiga (3) tahun terkini atau mempunyai projek sepanjang tempoh pendaftaran berkuatkuasa atau kontraktor yang tidak dianugerahkan sebarang projek sepanjang tempoh tiga tahun terkini tetapi aktif dalam menyertai tender.

b) Dorman : Kontraktor yang tidak dianugerah sebarang projek serta tidak menyertai sebarang tender sepanjang tiga (3) tahun terkini.

c) Baru : Kontraktor yang baru berdaftar.

Perubahan status pengkelasan Perakuan Pendaftaran Kontraktor boleh dilakukan dengan mengisi borang perubahan butir maklumat syarikat (R6) dan mengemukakan bukti kerja/tender ke pejabat CIDB Negeri/Cawangan. Setelah keputusan diperolehi pemohon dikehendaki membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal CIDB. Setiap perubahan/penggantian Perakuan Pendaftaran akan dikenakan bayaran proses dan bayaran sijil.

Gred & Keupayaan Menender/ Menjalankan Kerja

G1 – Projek tidak melebihi RM200,000.00

G2 -Projek tidak melebihi RM500,000.00

G3 -Projek tidak melebihi RM1 Juta

G4 -Projek tidak melebihi RM3 Juta

G5 -Projek tidak melebihi RM5 Juta

G6- Projek tidak melebihi RM10 Juta

G7 -Projek tidak melebihi Tiada had

Syarat-Syarat Pendaftaran

Pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat pendaftaran sebelum permohonan pendaftaran dapat dipertimbangkan.

 

1. Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan

Pemohon hendaklah mendaftarkan operasi perniagaannya dengan manamana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia. Pihak berkuasa tersebut adalah seperti dinyatakan di bawah:-

a) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pendaftaran Syarikat /Pendaftaran Perniagaan/ Perkongsian Liabiliti Terhad).

b) Suruhanjaya Koperasi Malaysia

c) Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & Lesen Perdagangan – Borang I (negeri Sarawak)

d) Lesen Perniagaan – Borang B (negeri Sabah) e) Pendaftaran Pertubuhan (Persatuan)

Aktiviti atau operasi firma/ syarikat/ koperasi/ persatuan dan seumpamanya hendaklah melibatkan kerja-kerja pembinaan serta dinyatakan di dalam;

a) Daftar Syarikat (Memorandum & Articles of Association),

b) Daftar Perniagaan (Borang D/E),

c) Undang-Undang Kecil Koperasi/Persatuan,

d) Borang I (negeri Sarawak), atau e) Borang B (negeri Sabah)

 

2.   Kelayakan Kewangan

Pemohon hendaklah memiliki dan mengekalkan punca kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh pendaftaran mereka. Had minima kewangan (Modal berbayar / modal terkumpul) yang perlu dimiliki oleh pemohon adalah seperti dibawah :

Gred             Modal berbayar / Modal terkumpul

G1                 5,000   / 10,000 ( SPKK )

G2                 25,000

G3                  50,000

G4                 150,000

G5                 250,000

G6                 500,000

G7                  750,000

 

3.   Kelayakan Personel Teknikal

Personel Teknikal adalah terdiri daripada samaada pemilik/pengarah atau pekerja syarikat yang digajikan sepenuh masa. Mereka juga mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai sijil/Diploma/ Ijazah/ Sijil kompeten yang berkaitan dalam bidang pembinaan.

Gred Kelayakan Personel Teknikal Lain-lain Keperluan

G1 / G2/  G3 – Seorang pemegang Sijil Teknikal (sekiranya ada)

G4–  Seorang pemegang Diploma

G5 – Seorang pemegang Diploma (minima 5 tahun pengalaman)  ATAU Seorang pemegang Ijazah (minima 1 tahun pengalaman)

G6 –   Seorang pemegang Ijazah DAN  Seorang pemegang Diploma (Salah seorang minima 3 tahun pengalaman)

G7 – 2 Orang pemegang Ijazah (salah seorang 5 tahun pengalaman ATAU  Seorang pemegang Ijazah DAN Seorang pemegang Diploma (kedua-dua minima 5 tahun pengalaman)

**Ijazah / Diploma /Sijil yang dimiliki oleh Personel Teknikal mestilah berkaitan bidang pembinaan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / CIDB 

a) Tempoh pengalaman kerja personel teknikal diambilkira dari tarikh Sijil Teknikal / Diploma / Ijazah diperolehi.

b) Personel teknikal hendaklah tidak terikat atau digaji sepenuh masa oleh mana-mana pihak selain dari syarikat/firma yang memohon.

c) Personel teknikal yang telah diisytiharkan mestilah sentiasa kekal berada dalam syarikat sepanjang tempoh pendaftaran. Sekiranya terdapat perubahan personel teknikal ia akan memberi kesan kepada gred dan kategori pendaftaran syarikat.

SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)

Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2012 dan Arahan Perbendaharaan pindaan Bil. 3 tahun 2012 oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pemohon perlu memastikan mereka memiliki PPK bagi melayakkan syarikat memohon SPKK. Walaubagaimanapun kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran SPKK.

Syarat Pendaftaran Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syaratsyarat berikut:

a) Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah, dan

b) Memenuhi syarat Modal Berbayar atau Modal Terkumpul merujuk kepada Had nilai perolehan dan Personel Teknikal kecuali bagi Gred G1 hendaklah mempunyai Modal Berbayar atau Modal Terkumpul sekurang-kurangnya RM10,000.00, dan

c) Memenuhi syarat pemilikan ekuiti dalam syarikat lain, dan

i) Pemegang saham syarikat/individu yang telah memiliki SPKK tidak boleh memiliki ekuiti melebihi 5% atau RM50,000.00 atau mana-mana yang terendah dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.

ii) Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Pengurusan dan Pegawai Teknikal syarikat yang telah memiliki SPKK tidak boleh wujud/didaftarkan dalam manamana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.

Nota : Pengecualian diberi kepada konsortium, Koperasi dan GLC (Ahli Lembaga)

d) Memenuhi syarat pensijilan bagi permohonan baru seperti berikut:

i) Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurangnya 3 bintang bagi kontraktor gred G5, G6 dan G7.

ii) Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurang 2 bintang bagi kontraktor gred G2, G3 dan G4.

iii) Memperolehi pensijilan ISO 9001:2008 yang masih sah bagi gred G7.

iv) Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan. 

PERLUKAN BANTUAN

Berkaitan CIDB

Klik Sini untuk terus ke laman berkaitan CIDB.

Berkaitan MOF

Klik Sini untuk terus ke laman berkaitan MOF.

Berkaitan Sdn Bhd & SSM

Klik Sini untuk terus ke laman berkaitan SSM & Sdn Bhd

Perkhidmatan Kami Mengenai CIDB

Daftar Baru CIDB | SPKK | STB

Pendaftaran baru semua jenis entiti perniagaan. (Enterprise, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi)

Pembaharuan CIDB | SPKK | STB

Pendaftaran hampir @ tamat tempoh boleh di perbaharui Maksima 3 Tahun, Minimum 2 Tahun.

Tambah Kod Bidang CIDB

Penambahan kod bidang Civil, Elektrik dan Mekanikal. Penambahan kod bidang Civil, Elektrik dan Mekanikal

Status Bumiputera

Terbuka bagi syarikat dimiliki lebih 70% bumiputera.

Kemaskini Profil CIDB

Perubahan saham syarikat, alamat @ lain-lain.

Sijil Digital CIDB | SPKK | STB

Kini Sijil CIDB boleh dicetak secara online.

PERLUKAN BANTUAN??

Sila Hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kami

013 – 401 3005 – Luqman

013 – 401 2429 – Jamilah

trainingcidb@gmail.com

×

Cart